Tuesday, March 8, 2011

Decorating Start Up

Cupcakes Decorating

Red Rose Buttercream

Swirl Buttercream

Cupcakes Vanilla Flavour

Bahan-bahannya:

1. 250 g butter
2. 200 g castor sugar
3. 4     eggs
4. 250 g wheat flour
5. 1     tea spoon baking powder
6. 1/2  tea spoon soda bicarbonate
7. 1     tea spoon vanilla essence

(Nota Khas :
Item 4,5 & 6 boleh diganti dgn mana-mana tepung naik sendiri  e.g Blue Key
Item 7 pula boleh diganti dgn perasa kegemaran  anda  e.g orange , chocolate, strawberry dan ditambah sedikit pewarna mengikut perasa)

Cara-caranya:


1. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonate dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam cawan-cawan cupcakes menggunakan scoop ice cream supaya tidak comot.






Topping Buttercream

Bahan-bahannya :

1. 250 g shortening
2. 125 g creamwell
3. 125 g icing sugar
4. A little bit warm water

Cara-caranya :


1. Bancuh gula icing dgn sedikit air suam.
2. Campur kesemua bahan dan pukul sehingga menjadi putih seperti foam.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut citarasa.
4. Biasanya anda hanya perlu menggunakan 3 warna asas iaitu Merah , Biru dan Kuning.
5. Masukkan sedikit perasa strawberry untuk warna Merah, perasa vanila untuk warna Biru dan perasa pisang untuk warna Kuning. ( Perasa ini terpulang mengikut citarasa anda). Secara automatik warna merah anda akan menjadi warna pink kerana bercampur dgn putih.
6. Untuk mendapat warna lain, anda hanya perlu mencampurkan warna seperti dibawah:
         Biru  + Kuning         = Hijau
         Merah/Pink + Biru   = Ungu
         Merah + Kuning      = Orange
7. Anda boleh meletakkan warna topping kegemaran anda diatas cupcakes anda.

Topping Chocolate Ganache

Bahan-bahannya :

1. 150 g whipping cream (Anchor UHT)
2. 200 g cooking chocolate
3. 1 tea spoon golden syrup

Cara-caranya :


1. Masak diatas dapur kesemua bahan diatas sehingga sebati.
2. Sejukkan di dlm peti sejuk sebelum digunakan sehingga menjadi seperti Nutella.
3. Sapukan ke atas cupcakes anda dan taburkan sprinkles dan sebagainya.