Bahan-bahannya :
1. 250 g shortening
2. 125 g creamwell
3. 125 g icing sugar
4. A little bit warm water
Cara-caranya :
1. Bancuh gula icing dgn sedikit air suam.
2. Campur kesemua bahan dan pukul sehingga menjadi putih seperti foam.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut citarasa.
4. Biasanya anda hanya perlu menggunakan 3 warna asas iaitu Merah , Biru dan Kuning.
5. Masukkan sedikit perasa strawberry untuk warna Merah, perasa vanila untuk warna Biru dan perasa pisang untuk warna Kuning. ( Perasa ini terpulang mengikut citarasa anda). Secara automatik warna merah anda akan menjadi warna pink kerana bercampur dgn putih.
6. Untuk mendapat warna lain, anda hanya perlu mencampurkan warna seperti dibawah:
Biru + Kuning = Hijau
Merah/Pink + Biru = Ungu
Merah + Kuning = Orange
7. Anda boleh meletakkan warna topping kegemaran anda diatas cupcakes anda.



No comments:
Post a Comment